Posts

August 2024.

 Assalamualaikum wbt. Fuh. Berhabuk dengan sawang liar dah blog ni. Finally berjaya buka. Sebelum ni hilang ingatan. Entah apa password entah. 🤭 Ku mahu delete blog, letih nak mengimbau zaman tak berapa matang ni. Tapi sayang pulak sebab banyak memori dengan girlfriends. (Almaklumlah saya takde kawan sangat) Masing-masing busy dengan kehidupan masing-masing. Okay bye!

Miracle.

Assalamualaikum dunia. Alhamdulillah dengan kurniaanNya. Thank you Allah. Walau perasaan bercampur baur, dengan izinNya berjaya juga membawa my miracle melihat dunia yang fana ini. Welcome to the world Iman. Harini genap 21hari usia beliau. Sometimes rindu jugak waktu pregnant dulu. Sebab time tu nak makan apa je terus dapat. Sekarang.. Krik krik krik je la.. Hmm tak sempat nak bercerita panjang. Iman dah merengek. :o Kbye. P.s: waktu paling mencabar sebenarnya confinement period ni.. Semoga jadi lebih kuat! :)

Pengalaman.

Mungkin sakit. Mungkin pedih. Mungkin seronok. Mungkin mendebarkan. Mungkin bersahaja. Ok. Banyak kemungkinan. Hadap saja. Inikan pengalaman. Positifkan harimu Yuyu. "Dear miracle, Let's sleep! You know I love you more. Good night Mr. Adorable! XX" Assalamualaikum.

Fobia.

Lipas. Tolong jangan dekat. Pergi jauh jauh. Terima kasih. P/s: insomnia. Why?

._.Ramadhan is coming!._.

AsSalam. Alhamdulillah akan dipertemukan dengan Ramadhan kali ni Inshaallah. Ahlan Wasahlan wahai bulan yang mulia! Excited betul setiap kali menjelang Ramadhan. Harapannya dapat memperbanyakkan lagi amal ibadat dan perangai syaiton tu lenyap lah. -_-") Jaga hati jaga lidah dan jaga diri semua. Selamat menjalani ibadah puasa! Maaf zahir batin semua orang. p.s:mahal betul harga buah kurma sekarang.hmm eh lupa segala benda pon dah naik harga kot.

._.who to talk?._.

Image
Hi Hi! Finally baru boleh buka blog ni. lol Lupa email dan password. Aisehhh adakah ini tanda penuaan? oh tidak! Ehem lupa nak bagi salam. Assalamualaikum wbt. Dah lama tak bermonolog sendirian hahaha. Baru lepas tengok cerita Campus Confidential untuk kali ke berapa entah. Watak Bolin Chen dalam ni mmg lain drpd yg lain hahaha sedut image di sini Ivy Chen & Bolin Chen dalam filem BBS Silent Code..gambar ambil di sini Comel sangat Ivy Chen dan pasangan dia Bolin Chen. Aishhh. Walaupun cerita tu agak mengarut tapi jalan cerita dia not bad lah. Again saya jadi reviewer filem/drama bebas. Hahahaha. Okay ah pi tidoq pi tidoq! p/s : hei jangan lupa pakai socks and gloves. sejuk kot!chuuuu u.u") Mornight!

._.Ini Bukan Post Berbayar._.

Image
Salam. "Wear the best shoes you can, because those shoes will take you to great places" - HYD Haa pernah dengar Jelly Bunny? Tak tahu kenapa boleh jatuh cinta dengan JB..  Hahahaha Mungkin sebab warna dia..bau dia.. and most of all harga dia yang berpatutan.. ^,^ Harapnya dapat kasut JB untuk raya sepasang..lalalalala Ni lah toko nya..comel kan? Gambar saya ambik dekat Fb JB ,, Ini antara koleksi 2014..juga ambil di Fb JB .. Di samping memiliki bau candy..kasut ini juga boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik! Grab them all! Hahahaha p.s : hey you, walk a mile in my shoes! :)

._.flowers._.

Image
Assalamualaikum. Baru dapat bernafas dengan tenang. Allahu. Cuti sekolah sinonim dengan kenduri-kendara. Kan? Time tu lah nak bertunang. Time tu jugak nak bernikah. Hehe. Nah belanja sejambak bunga satu! ^^, Credit dekat my cousin tolong gubah di hujung hujung waktu..hahaha p.s : barakallah.

._.my love from the star._.

Image
salam.. tajuk post kemain lagi yee.. and yes..itu adalah tajuk korean drama.. mengisahkan tentang se(penjodoh bilangan yang sesuai) alien bernama Do Min Joon yang 'sesat' dekat bumi dari zaman Joseon lagi..lama tak lama yee alien ni hidup.. tapi cerita dia ni sekitar tahun 2014 lah..zaman Joseon tu flashback punya scene.. Do Min Joon secara tak sengaja jatuh hati dengan superstar Hallyu, Cheon Song Yi.. banyak permainan hati dan perasaan jugak lah bila menonton drama ni.. kejap-kejap sedih sampai keluar air mata macho..5 saat lepas tu gelak melalak terbeliak.. fuh..yang pasti pelakon pelakon mantap..kacak dan gorgeous pulak tu..hahahaha (lantak ah kalau depa pelastik sekalipun kah!) bawah ni watak-watak utama..sebelum ni mereka pernah bergandingan dalam filem The Thieves.. ambik sini dah lama tak layan drama korea ni..hahaha yang pasti cerita ni tak menghampakan..hiks! ~~(^o^)~~  okbai! p.s: dah kenapa review drama korea pula...

._.cari apa?._.

Q : what are you looking for? A : I'm looking for can't-live-without-eachother love. :) p.s : amboi kemain. hahaha maaf encik. *sengih*

._.Hello Homosapiens!._.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Eh eh ada orang tegur kita kenapa dah lama tak update. Gitu. Kita ada silent reader rupanya. Kenapa tak update ya? Sebab busy. *cliche sangat jawapan tu kan* Sebenarnya mood blogging ni dah lama pupus. Serious. Bukan sebab takde cerita nak update. Banyak. Dalam kepala ni dah macam telenovela. Tapi sebab malas. Ya malas. Malas nk turn into words. I need a ghostwriter maybe. *macam nak buat novel pulak kan?* I is poyo. Kah! Oklah selamat malam Jumaat. Maaf semua orang. Wassalam. P.s : cukup benci dengan gamers yang pakai cheat. Penipu.

._.krabi island._.

Image
salam Cepat betul masa berlalu.. Last weekend..saya and the geng meneroka Krabi Island.. Haaa ini adalah driver kami(tiada gmbar driver pon..lol)..yang bermasalah..susah nak bkomunikasi dgn org sana act..huhu kami berlima naik van yg utk 10org..cost? 1050baht dari Krabi airport to hotel..hotel kami dekat Ao Nang..Ao Nang kat mana? tanya Prof G..yes! Prof Google..nanti nak balik kami naik van yg sama dgn bayaran 700baht SAHAJA..(tapi bayar 720 / 740 baht sbb time tu balance tak cukup..boleh tak??) kekadang terfikir..kenapa tak bagi minivan sajo..act kalau cerita pasal penipuan diorg ni boleh menaikkan amarah kami..so malas nak cerita..huh! Aktiviti pertama..elephant trekking..nama gajah ni Noi..hahaha act saya tatau Noi tu nama gajah or nama org yg jaga gajah ni dan yg guide kami..org tu takde dlm gambar sebab kami tolak dia masuk sungai..ye ahhhh...asyik pukul si Noi ni..hahaha tapi kalau nama dia bukan Noi..saya nak namakan dia Johan..or Joe.. Ehemm miss you Joe! Haaaa jej...

._.bila nak sihat?._.

Salamun qaulammirrabbirrahim. Keputusan blood test yang tak berapa nak best. Sel darah putih yang tinggi. Doktor cakap jangkitan kuman dalam darah. Terpaksa makan antibiotik. Herghhh. Nak kena buat blood test berterusan ke? taknak boleh? lunyai dah lengan ni. T.T P.s : cepat sembuh Yuyu! anyway..thanks awak awak awak! :') posted from Bloggeroid

._.HIS secret._.

Stop for a minute.. And.. Cry.. Wipe the tears.. And then.. Smile.. :) p.s : keep strong and fight. You will be fine. Inshaallah. posted from Bloggeroid

._.it's been a while._.

Image
As-salam. Gosh. Lamanya tak update. Malas? Ya. Rajin betul nak rasa malas ni. Oxymoron much? Last week pergi Jakarta. Blablablablabla. Nak post satu gambar je la. Mihmihmihmih. Monas. H,U,K. credit to Ameen. Ktata. P.s : tak sabar nak pergi Krabi. Weee

._.biar gambar berbicara._.

Image
 Assalamualaikum. fried spaghetti olio. osemmmuchh! Must read! :D pink. colmar tropicale. black vs white. happy family spotted! japanese village. #strawberryfieldCafe #bookexcess #bukittinggi #family #mandihujan #shortvacation p.s : wordless wednesday huh? -..-

._.insomnia..again?._.

Image
Hek. ^_^ p.s : dear eyes..y u no sleep.. posted from Bloggeroid

._.strong enough?._.

Image
*tepuktepukbahu* p.s: kadangkadang kena cakap mcm tu smbil tepuk bahu sendiri. posted from Bloggeroid

._.insomnia?._.

Image
Hello! Pukul 1..mata segan nak tutup.. Tadi kemain mengantuk.. Nak taknak..kena paksa tidur jugak.. Genaiiiit! *tarikcomforter* p.s : ada sesuatu mengusik hati saya. :) posted from Bloggeroid

._.bloodsucker._.

Image
Takboleh tidur. Ngilu pulak tangan kanan bila kena angin. Salah suntik apa nurse tadi. Sobs3. p.s : hello night-person! posted from Bloggeroid