Posts

._.Ramadhan is coming!._.

AsSalam. Alhamdulillah akan dipertemukan dengan Ramadhan kali ni Inshaallah. Ahlan Wasahlan wahai bulan yang mulia! Excited betul setiap kali menjelang Ramadhan. Harapannya dapat memperbanyakkan lagi amal ibadat dan perangai syaiton tu lenyap lah. -_-") Jaga hati jaga lidah dan jaga diri semua. Selamat menjalani ibadah puasa! Maaf zahir batin semua orang. p.s:mahal betul harga buah kurma sekarang.hmm eh lupa segala benda pon dah naik harga kot.

._.who to talk?._.

Image
Hi Hi! Finally baru boleh buka blog ni. lol Lupa email dan password. Aisehhh adakah ini tanda penuaan? oh tidak! Ehem lupa nak bagi salam. Assalamualaikum wbt. Dah lama tak bermonolog sendirian hahaha. Baru lepas tengok cerita Campus Confidential untuk kali ke berapa entah. Watak Bolin Chen dalam ni mmg lain drpd yg lain hahaha sedut image di sini Ivy Chen & Bolin Chen dalam filem BBS Silent Code..gambar ambil di sini Comel sangat Ivy Chen dan pasangan dia Bolin Chen. Aishhh. Walaupun cerita tu agak mengarut tapi jalan cerita dia not bad lah. Again saya jadi reviewer filem/drama bebas. Hahahaha. Okay ah pi tidoq pi tidoq! p/s : hei jangan lupa pakai socks and gloves. sejuk kot!chuuuu u.u") Mornight!

._.Ini Bukan Post Berbayar._.

Image
Salam. "Wear the best shoes you can, because those shoes will take you to great places" - HYD Haa pernah dengar Jelly Bunny? Tak tahu kenapa boleh jatuh cinta dengan JB..  Hahahaha Mungkin sebab warna dia..bau dia.. and most of all harga dia yang berpatutan.. ^,^ Harapnya dapat kasut JB untuk raya sepasang..lalalalala Ni lah toko nya..comel kan? Gambar saya ambik dekat Fb JB ,, Ini antara koleksi 2014..juga ambil di Fb JB .. Di samping memiliki bau candy..kasut ini juga boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik! Grab them all! Hahahaha p.s : hey you, walk a mile in my shoes! :)

._.flowers._.

Image
Assalamualaikum. Baru dapat bernafas dengan tenang. Allahu. Cuti sekolah sinonim dengan kenduri-kendara. Kan? Time tu lah nak bertunang. Time tu jugak nak bernikah. Hehe. Nah belanja sejambak bunga satu! ^^, Credit dekat my cousin tolong gubah di hujung hujung waktu..hahaha p.s : barakallah.

._.my love from the star._.

Image
salam.. tajuk post kemain lagi yee.. and yes..itu adalah tajuk korean drama.. mengisahkan tentang se(penjodoh bilangan yang sesuai) alien bernama Do Min Joon yang 'sesat' dekat bumi dari zaman Joseon lagi..lama tak lama yee alien ni hidup.. tapi cerita dia ni sekitar tahun 2014 lah..zaman Joseon tu flashback punya scene.. Do Min Joon secara tak sengaja jatuh hati dengan superstar Hallyu, Cheon Song Yi.. banyak permainan hati dan perasaan jugak lah bila menonton drama ni.. kejap-kejap sedih sampai keluar air mata macho..5 saat lepas tu gelak melalak terbeliak.. fuh..yang pasti pelakon pelakon mantap..kacak dan gorgeous pulak tu..hahahaha (lantak ah kalau depa pelastik sekalipun kah!) bawah ni watak-watak utama..sebelum ni mereka pernah bergandingan dalam filem The Thieves.. ambik sini dah lama tak layan drama korea ni..hahaha yang pasti cerita ni tak menghampakan..hiks! ~~(^o^)~~  okbai! p.s: dah kenapa review drama korea pula...

._.cari apa?._.

Q : what are you looking for? A : I'm looking for can't-live-without-eachother love. :) p.s : amboi kemain. hahaha maaf encik. *sengih*

._.Hello Homosapiens!._.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Eh eh ada orang tegur kita kenapa dah lama tak update. Gitu. Kita ada silent reader rupanya. Kenapa tak update ya? Sebab busy. *cliche sangat jawapan tu kan* Sebenarnya mood blogging ni dah lama pupus. Serious. Bukan sebab takde cerita nak update. Banyak. Dalam kepala ni dah macam telenovela. Tapi sebab malas. Ya malas. Malas nk turn into words. I need a ghostwriter maybe. *macam nak buat novel pulak kan?* I is poyo. Kah! Oklah selamat malam Jumaat. Maaf semua orang. Wassalam. P.s : cukup benci dengan gamers yang pakai cheat. Penipu.